Wednesday, 6 August 2014

INDUSTRI ROSELLE MALAYSIA


Terengganu merupakan negeri pertama industri roselle bertapak di Malaysia. Industri ini bermula pada awal tahun 1980an melalui kerjasama kerajaan negeri dengan penyelidik dari Universiti Malaya. Antara tokoh utama yang menjadi pelupur industri ini ketika itu ialah Dr. Abdul Wahab Ngah, Exco Pertanian, En. Sanusi Jamari, Pengarah Pertanian, Dr. Mustaffa Ali Mohamad, Pegawai Penyelidik Universiti Malaya , Dr. Abdul Rahman Pensyarah Universiti Malaya dan Wan Mohd Lotfi Ismail, PSU Pertanian,  dan Wan Ahmad Muda, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan) Pejabat SUK Terengganu.


DR. A WAHAB NGAH


WAN LOTFI & SANUSI

Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter (sm). Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang akan keluar dari batang utama.
Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.
PENANAMAN
Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.
Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral. Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.


LADANG ROSELLE ATAS TANAH BERIS
PENGAIRAN
KAEDAH TANAMAN
1.Secara Semaian
2.Secara Tanam Terus Menggunakan Biji Benih

LADANG ROSELLE

Kaedah Tanam Terus Menggunakan Biji Benih
Umur (hari lepas tuai)
Kerja/Aktiviti
Bahan Input
Standard Kualiti Indikator
Tindakan
Jenis
Kadar
-40
Kawalan rumpai
Glyphosaste 41% EC (contoh: roundup)
27 ml/ 4.5 lit.air
2-4 lit roundup / ha

-28
Bajak putar 1
-27
Mengapur
Kapur
Seperti di bawah
pH 5.5
Ambil sampel tanah & uji
-7
Bajak putar 2 dan membuat batas
Lebar batas 1.5 m
-6
Tabur baja organan di atas batas dan gaulkan
Tahi ayam
Seperti di bawah
Tahi ayam kering & telah reput

Kaedah Pengapuran Dan baja Organan
Jenis Tanah
Kadar Pengapuran Tan/ha GAIL
Bahan Organan
Tan/Ha
Tanah mineral & tanah lanar
Tanah bris & bekas lombong
Tanah gambur / asid sulfat
Tanah batu kapur (pH 6-8)
2-5
2
5-10
-
3-5
10-20
3-5
3-5

KAWALAN PEROSAK
1.Bena Lelompat Hijau
Guna Imidachloprid (contoh: Confidor 200 SL) bancuhan 1.25 nk/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) dengan bancuhan 5 gm/4.6 liter air lalu disembur bila bena dikesan.
2.Kepinding (Kumbang Hijau)
Sembur dengan Deltamethrin 1.4% EC (Contoh: Decis) 2-5.5 ml/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) 5 gm/4.5 liter air.
3.Rumpai tumbuh di atas dan diantara batasSembur dengan Glufosinate 13.5% EC (Contoh: Basta 15) secara berhati-hati menggunakan fan nozzle dan pelindungan semburan.
4.Daun Kekuningan
Tabur NPK 15:15:15 (1gm/pokok) dan Urea (46% N - 5 gm/pokok) rata di atas batas dan ditimbus.

Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloretaspp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl.


PENUAIAN HASIL
Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.

ROSELLE ARAB SEDANG BERBUNGA



PROTOTAIP RUMAH PENGERING ROSELLE
JABATAN PERTANIAN TERENGGANU

KOMPONEN RUMAH PENGERING

KIPAS UNTUK MENOLAK HABA

TRAY RAK PENGERING ROSELLE

BUNGA ROSELLE KERING

METER UKUR KEKERINGAN
HASILAN ROSELLE


KILANG PROTOTAIP PROSES JUS ROSELLE HASIL KAJIAN KERJASAMA
JABATAN PERTANIAN TERENGGANU DAN UNIVERSITI MALAYA AWAL 1990AN

  1. Ekstrak roselle dan khasiatnyaEkstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman dan seterusnya ekstrak ini bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.
ALATAN KILANG ROSELLE

ALATAN KILANG ROSELLE

ALATAN KILANG ROSELLE


ALATAN KILANG ROSELLE

ALATAN KILANG ROSELLE

  1. Minuman roselleMinuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.

PRODUK ROSELLE

Halwa roselle
  1. Salut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.
  2. Serbuk roselleSerbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65–80°C selama 6–8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.
  3. Jem dan jeli roselleSalut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya

7 comments:

  1. Saya pn hayati.
    Berminat nk beli pati Rossel

    ReplyDelete
  2. Sy berminat nak beli pati rossel. Sy tinggal di Kuala Terengganu. 01137151956

    ReplyDelete
  3. Super Absorbent Polymer Gred Pertanian!

    Teknologi telah diguna pakai di negara-negara maju sejak 10 tahun dahulu dalam bidang pertanian dan menghasilkan tanaman gred import terutama US dan Japan.

    Antara kebaikkan Super Absorbent Polymer ini adalah:

    -Serapan air 400x dari berat polimer
    -Menyimpan dan melepaskan Air, Oksigen & Baja secara rata
    -Tahan daya didalam tanah sehingga 5 tahun
    -Penjimatan penjagaan pertanian sehingga 40%
    -Hasil tanaman menjadi gred premium dan bersaiz besar

    Untuk info lebih lanjut, hubungi Centigma Consultant di talian 0193305215 atau email kepada centigmaconsultant@gmail.com atau layari laman web https://www.centigma.weebly.com

    ReplyDelete
  4. Asalamulaikum Tuan, Saya M.Nazri bin M. Shah dari kluang Johor berminat untuk membuat lawatan ditempat tuan.

    1. Tujuan menceburkan diri dalam bidang pengeluaran minuman Rosell
    2. Mengalakkan tanaman contract farming.
    3. Mejadikan minuman berkhasiat yang boleh berdaya saing dgn produk lain dipasaran.
    4. Menampung pasaran yang semakin luas
    5. Mencipta identiti Minuman Malaysia.

    Semuga tujuan dan maksud saya mendapat sokongan daripada pihak tuan.

    Sekian terima kasih.
    Muhammad Nazri bin Muhammad Shah
    Dar Al Jawhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf mencelah Tn.. Sy di Pt Raja. Ada la tanam 200 pokok utk permulaan.. Ada market ingat nak komersial.

      Delete
  5. Siapa yg berminat utk mmbeli roselle kering pihak kami ada stok sebanyak 5 ton

    1KG - RM30

    ReplyDelete
  6. boleh call

    018-6617469
    019-7739174

    ReplyDelete